SELAMAT DATANG KE asia sinus
Asia Sinus
Asia Sinus menyediakan rawatan resdung untuk mereka yang memiliki tanda-tanda seperti berikut : Rasa gatal pada MATA/TELINGA/MUKA
Alahan pada Habuk/Sejuk
Alahan pada sesetengah makanan
Muka Berjerawat
Tidur Berdengkur
Kerap Bersin
Hidung Berair/Tersumbat
" KESIHATAN tiada nilai jika datangnya SAKIT "
Kesihatan
Dengan merawat resdung anda akan dapat melancarkan pernafasan dan menhilangkan bau mulut yang busuk.
Kecantikan
Dapat mengurangkan jerawat-jerawat yang tumbuh di wajah dan mengurangkan bengkak-begkak jika ada serta boleh dapatkan kulit yang sihat.
Kebaikan
Dapat melancarkan pernafasan dan melancarkan peredaran darah dalam badan dan dapat mengatasi masalah sakit kepala.
Pakej Terlaris Kami
Dalam pakej ini kami tawarkan rawatan gurah, Corong lilin herba, Bekam wajah dan Sauna Infrared. Yang mana amat sesuai untuk mereka-mereka yang mempunyai masalah gatal-gatal di telinga,mata dan muka. Kerap bersin, asyik sakit kepala dan banyak jerawat yang timbul.

GURAH/BUANG LENDIR
Membuang lendir daripada rongga-rongga sinus menggunakan herba dan teknik urutan yang sesuai.
Corong Lilin Herba
Menyingkirkan hama di kawasan wajah dan mengatasi masalah gatal.
Bekam Wajah
Menyingkirkan darah dan toksin yang tidak diperlukan di kawasan wajah.
Sauna Infrared
Melancarkan perjalanan darah dan menstabilkan tekanan darah.
Nak bertanya atau buat tempahan slot rawatan?
Call 0199032325(En.Azri) atau boleh buat tempahan slot rawatan secara atas talian.
Rawatan resdung Asia Sinus
Anda berhak untuk mempunyai pernafasan yang selesa.
Anda berhak untuk tidak mempunyai alahan kepada makanan.
Anda berhak untuk bangun pagi dengan selesa.
Anda berhak untuk tidak merasai sakit kepala.
01.
Gurah/Buang Lendir
Gurah/buang lendir ialah rawatan yang membuang lendir daripada rongga sinus dengan menggunakan ramuan herba beserta teknik urutan yang sesuai. Kebaikan rawatan gurah ini boleh membersihkan dan melancarkan pernafasan, dapat mengurangkan keekrapan bersin, dapat mengatasi masalah bau mulut, boleh hilangkan dengkuran semasa tidur dan dapat mengurangkan jerawat pada muka.
02.
Corong Lilin Herba
Rawatan Corong lilin herba adalah untuk menyinkirkan hama pada wajah, menyinkirkan kulit mati yang ada di kawasan wajah agar wajah tidak nampak kusam. Selain itu, kelebihan rawatan corong lilin herba ini boleh mengatasi masalah gatal di sekitar mata, hidung dan wajah.
03.
Bekam & Urutan Wajah
Bekam dapat menyinkirkan darah dan toksin yang tidak diperlukan di kawasan wajah dan memberikan kesegaran pada kulit dan menaikkan seri wajah anda. Dengan rawatan bekam ini juga boleh mengatasi masalah sakit kepala dan migrain.
04.
Sauna Inframerah
Sauna Inframerah/Infrared sauna mempunyai banyak kelebihan, antaranya ialah untuk melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh badan. Baik untuk mereka yang mempunyai masalah sukar bernafas dan mempunyai masalah asthma/lelah. Selain itu, sauna ini juga boleh menstabilkan tekan darah dalam badan dan boleh mengatasi masalah susah tidur/insomnia

Resdung, Gejala dan Rawatan Tradisional Pilihan Rakyat Malaysia
Penting untuk kita amalkan rawatan dan pencegahan secara konsisten kerana walaupun serangan radang resdung sudah tidak lagi menyerang, radang resdung boleh kembali

Punca resdung terjadi antaranya termasuklah perubahan suhu yang mendadak, dan alahan pada sesetengah makanan seperti makanan laut.
Pada masa yang sama, rawatan tradisional resdung masyhur di Malaysia sebagai alternatif rawatan sejak nenek moyang di kalangan masyarakat Malaysia.
Jenis-jenis Resdung
Sinusitis Akut,
Sinusitis Subakut,
Sinusitis Kronik,
Sinusitis Berulang.
Resdung, seperti yang dimaklumkan oleh Dr Sri Viknarajan di laman web doctoroncall, mempunyai 4 jenis iaitu Sinusitis Akut, Sinusitis Subakut, Sinusitis Kronik dan Sinusitis Berulang.
Ia boleh terjadi kepada semua peringkat umur seawal 10 tahun sehingga warga emas. Kebiasaan punca resdung ini berbeza daripada satu individu kepada yang lain.
Tetapi secara amnya, resdung boleh disifatkan sebagai penyakit berulang apabila pesakit terdedah kepada perubahan suhu yang mendadak, kawasan berhabuk, hama, dan alahan seperti alahan makanan ataupun pada bulu binatang.
GEJALA RESDUNG
Antara gejala resdung yang boleh dikongsikan dan kerapkali terjadi di kalangan rakyat Malaysia ialah bersin, pening kepala, gatal di bahagian mata dan hidung, hidung berhingus, serta kemerahan pada mata dan hidung disebabkan oleh serangan radang yang berterusan. Apa yang berlaku pada kita setelah gejala radang resdung ringan tidak dirawat ialah ia akan merebak lebih teruk dalam masa yang singkat sehingga menyebabkan rongga di bahagian muka akan tersumbat dengan cecair resdung, membuatkan bahagian muka akan berdenyut seterusnya menyebabkan sakit kepala yang melampau.

Cecair resdung juga boleh mengalir ke bahagian tekak dan menyebabkan tekak dijangkiti kuman. Disebabkan itu, segelintir pesakit akan mengalami tonsil bengkak, tekak berkahak, sakit telinga, dan demam.
TIPS MENGELAKKAN RESDUNG
Antara tips yang boleh dikongsikan supaya radang resdung boleh diringankan dan dikurangkan jumlah serangan ialah dengan mendapatkan alternatif rawatan tradisional, rawatan doktor, meningkatkan metabolisma badan melalui senaman, gaya hidup sihat, serta amalan diet yang seimbang. Ada juga dikalangan penghidap resdung yang mengamalkan buahan citrus seperti limau kasturi ataupun lemon setiap pagi untuk meningkatkan pengambilan Vitamin C seharian untuk menaikkan imun sistem secara semulajadi.
RAWATAN TRADISIONAL

Rawatan tradisional resdung sangat sinonim dengan masyarakat Malaysia tetapi untuk mendapatkan servis ini semakin berkurang.
Ia menerapkan aktiviti gurah (buang lendir), bekam, sauna, dan corong lilin tanpa asap (buang hama di muka) seperti yang diamalkan oleh Pusat Perubatan Tradisional Asia Sinus Health Tanjung Malim.
